Thursday, July 13, 2017

Perkongsian 3 tahun lepas

Assalamualaikumussalam w.b.t

Aku nak kongsikan apa yang pernah berlaku dengan aku 3 tahun yang lepas.  Kat bawah mata aku ada ketulan yang semakin membesar dalam masa 2 bulan.  So, aku gi klinik n refer aku kat hospital.  Biasalah hospital kerajaan ni..appointment dan appointment lagi...ahahhahah...akhirnya aku buat CT Scan.  Result dia plak seminggu lagi...appointment lagi k...hahahahha...lepas tu Doktor mengesahkan aku ada ketulan yang dipanggil Cyst.  Mujur x kena tulang..klu kena byk keje n maybe aku jadi bahan ujikaji doktor2 pelatih.



Cer tengok muka aku sebelum dan selepas..100% tak sama..tensen giler time ni..pic yg selepas tu pic selepas aku operate..hari ni dah ok la cuma hidung menyenget sikit..mata aku dua2 dah balik asal..walaupun tak cantik di mata orang xpe..asalkan aku sendiri yg tengok cantik..laki aku? dia jarang nak puji muka aku ni...kutuk lagi ada..ramai dah kat luar tu cantik2..biarlah..orang mcm aku ni masuk dalam kategori spesies terancam..physically x perfect ok...mungkin terpaksa kot nak kawen ngan aku ni..dah xde pilihan kan...hahhhahhahha...(mesti dia skodeng blog aku..dia baca tu..) lantak la..klu dia puji pun sebab terpaksa je n aku anggap dia bohong....aku ni jenis yang sedar diri..dia suka org yg kurus..badan seksi..muka cantik..tp itu semua aku yg dulu ataupun dgn kata lain..semua figura tu 'org lain'..skrg ni ...aku dh gemuk..x seksi dah..muka pun dah senget...hahahhahah

Waktu membengkak ni aku cukup2 risau...terus call Dr. Wan kat Hospital Sg. Buloh.  Dia soh aku terus pegi jumpa dia.  Apa lagi dengan kuasa halilintar aku dah terpacak kat dpn dia.  Terus di panggil aku dan bukak balik jahitan.  Tapikan..bukak jahitan tu aku tak sakit langsung.  Aku tengok je muka Dr. Wan tu..nasib baik ensem.  Dia masukkan gauze dalam tu dalam2..pastu dia kuarkan dan tarik...terbeliak mata aku..punya la panjang gauze tu..dah mcm tali pusat..penuh dengan darah...dan sekali lagi aku gtau..TAK SAKIT LANGSUNG..magic kan??

Lepas tu muka aku surut dan reduce 50% bengkaknya...Dr. Wan soh aku datang hospital 2 hari sekali untuk buat dressing...dalam seminggu macam tu muka aku kembali normal..Dr. Wan hampir tak kenal aku...maybe dalam hati dia "lawa plak pompuan ni"...hahahhahaha..bagi chance la perasan kejap...

Kesan daripaa jahitan tu, hidung ku menyenget..mcm ada ketulan plak kat penjahit tu...tapi sekarang ni aku kerap rasa dicucuk2 kat tmpt cyst tu.  Selalu check tp xde plak ketulan kat situ so aku biarkan dulu.

No comments:

Post a Comment