Fuhhhhh uollllssss....
Lepas seksa pertama...Alhamdulillah...mendapat komen yang positif dari Prof. Norazila..nak tau apa yg di present?? Ni haaaa...
Assignment 4
Enjoy!!!
Saturday, July 15, 2017
Bingka Labu Manis Terangkat
Assalamualaikum w.b.t...
Meh nak kongsi bingka yang paling suka nak buat dulu ni...nak tau kenapa x? sebabnya semua bahan2 dia sumbat dalam blender...hahahhaha..sekali harung...terus settle masalah negara korang...hahhahaha
meh tengok ...

BINGKA LABU LEMAK MANIS
Bahan A
2 biji telur
2 cawan santan
1/2 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir halus
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar mentega
Bahan B
2 cawan labu- yang telah direbus - toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih
Cara membuatnya :
1. Panaskan oven pada suhu 200C, sapu loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
2. Satukan bahan-bahan A dan blender hingga tepung tidak berketul.
3. Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yang telah di lecek, kacau hingga rata.
4. Seterusnya tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa membakar. Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong.
Cuba lah...mudah n simple je...dah byk kali cuba..rasa dia mmg terangkat uolssss!!
Resepi Butter Cheese Prawn
Assalamualaikum w.b.t guysssss...
Malam ni tiba2 teringat Udang masak butter cheese...fuhhhhh...first time rasa masa gi sabah hari tu...rasa dia terangkat beb apatah lagi kami order lobster!!!! Rasa yg susah nak lupa...meh aku kongsikan sikit resepi dia k...

CARA:
1. Cuci udang dulu. Guna 1/2 kg udang je. Tak payah kopekkan kulit dia dan jgn buang kepala. Cuma buang bahagian kuning yg mcm najis kat atas tengkuk dia tu. Sebab benda tu lah yg membuatkan udang cepat buruk. Kalau buang kepala dan kulit dia, hilang rs kemanisan udang tu.
2. Pastu gaul dengan garam. Biarkan dalam 10 minit ke. Pastu golekkan udang2 itu dalam tepung jagung then gorengkan dalam minyak yg panas sampai garing. Angkat, ketepikan.
3. Panaskan dlm 2 sudu butter dlm kuali. Tumiskan bawang putih + cili burung hijau + daun kari . Kacau2 ia sampai perang. Masukkan serbuk kari siiikkkiiit je (dlm 1/4 sudu teh camtu). Kacau. Masukkan sikit air supaya tak hangus sbb dia cpt hangus.
4. Masukkan susu segar dalam 3/4 cawan. Kalau takde susu segar, guna whipping cream@krim putar ok gak. (mula2 nk guna krim putar tp harganya mahallll). Masukkan satu keping cheese (yg biasa letak kat burger tu). Kacau.
5. Bila cheese dah cair, masukkan kiub ayam (amik secubit je). Masukkan gula + garam secukup rs. Kacau. Bila kuah nampak cam dh perang skit dan naik bau, masukkan air tepung jagung. (tepung jagung dalam 1 sudu teh je utk pekatkan kuah. Kalo taknak ltk garam gula leh gak...akn trasa lemak sebenar cheese tu..terpulang kpd citarasa sndiri...
6. Bila kuah dh pekat, masukkan udang td. Gaul...gaul..gaul...sampai sebati. bila dah sebati, masukkan lagi dalam 1/2 cawan air masak supaya kuah dia tidak kering dan udang lebih basah. (pandai2 lah adjust). Kacau jap then tutup api....
7. Siap utk dihidang. Kalau nak byk kuah, tambah air banyak skit....dan bahan2 dia yg lain pun tambah la sikit....
itu shj...senang kan?
Triple A masa baby..
Assalamualaikum w.b.t..
Cuba korang tengok wajah2 bam2 anak2 ku itew...tombam kan?? Kalau nak tau, diaorang 3 ni lahir dengan berat masing2 nak dekat 4 kg tau...hahahah...
Aku perkenalkan satu2 ni...sila hadam k...hahahha
Gambar Kanan
Nama : Aliya Nabila Binti Khabil
D.O.B : 6 Julai 2008
Berat (masa lahir) : 3.83kg
Gambar Kiri Atas
Nama : Akmal Rafiq Bin Khabil
D.O.B : 28 Februari 2012
Berat (masa lahir) : 3.67kg
Gambar Kiri Bawah
Nama : Adelia Eryna Binti Khabil
D.O.B : 30 Jun 2014
Berat (masa lahir) : 3.76kg
Tengok berat lahir diaorg...hahahhaha...sbb tu la pipi diaorang ni masa baby sgt2 padat, sendat dan mampat. Sekarang ni masih jugak tembam tp xde la teruk sgt...gambar terkini diaorg nanti la aku upload nx entry k...

Thursday, July 13, 2017
Perkongsian 3 tahun lepas
Assalamualaikumussalam w.b.t
Aku nak kongsikan apa yang pernah berlaku dengan aku 3 tahun yang lepas. Kat bawah mata aku ada ketulan yang semakin membesar dalam masa 2 bulan. So, aku gi klinik n refer aku kat hospital. Biasalah hospital kerajaan ni..appointment dan appointment lagi...ahahhahah...akhirnya aku buat CT Scan. Result dia plak seminggu lagi...appointment lagi k...hahahahha...lepas tu Doktor mengesahkan aku ada ketulan yang dipanggil Cyst. Mujur x kena tulang..klu kena byk keje n maybe aku jadi bahan ujikaji doktor2 pelatih.

Cer tengok muka aku sebelum dan selepas..100% tak sama..tensen giler time ni..pic yg selepas tu pic selepas aku operate..hari ni dah ok la cuma hidung menyenget sikit..mata aku dua2 dah balik asal..walaupun tak cantik di mata orang xpe..asalkan aku sendiri yg tengok cantik..laki aku? dia jarang nak puji muka aku ni...kutuk lagi ada..ramai dah kat luar tu cantik2..biarlah..orang mcm aku ni masuk dalam kategori spesies terancam..physically x perfect ok...mungkin terpaksa kot nak kawen ngan aku ni..dah xde pilihan kan...hahhhahhahha...(mesti dia skodeng blog aku..dia baca tu..) lantak la..klu dia puji pun sebab terpaksa je n aku anggap dia bohong....aku ni jenis yang sedar diri..dia suka org yg kurus..badan seksi..muka cantik..tp itu semua aku yg dulu ataupun dgn kata lain..semua figura tu 'org lain'..skrg ni ...aku dh gemuk..x seksi dah..muka pun dah senget...hahahhahah
Waktu membengkak ni aku cukup2 risau...terus call Dr. Wan kat Hospital Sg. Buloh. Dia soh aku terus pegi jumpa dia. Apa lagi dengan kuasa halilintar aku dah terpacak kat dpn dia. Terus di panggil aku dan bukak balik jahitan. Tapikan..bukak jahitan tu aku tak sakit langsung. Aku tengok je muka Dr. Wan tu..nasib baik ensem. Dia masukkan gauze dalam tu dalam2..pastu dia kuarkan dan tarik...terbeliak mata aku..punya la panjang gauze tu..dah mcm tali pusat..penuh dengan darah...dan sekali lagi aku gtau..TAK SAKIT LANGSUNG..magic kan??
Lepas tu muka aku surut dan reduce 50% bengkaknya...Dr. Wan soh aku datang hospital 2 hari sekali untuk buat dressing...dalam seminggu macam tu muka aku kembali normal..Dr. Wan hampir tak kenal aku...maybe dalam hati dia "lawa plak pompuan ni"...hahahhahaha..bagi chance la perasan kejap...
Kesan daripaa jahitan tu, hidung ku menyenget..mcm ada ketulan plak kat penjahit tu...tapi sekarang ni aku kerap rasa dicucuk2 kat tmpt cyst tu. Selalu check tp xde plak ketulan kat situ so aku biarkan dulu.

Tuesday, July 11, 2017
Final Exam, dah ready ke idokkkk?
Assalamualaikum...
Demam Final Exam....matilanak!!!
Kehidupan sebagai seorang isteri yg bekerja, ibu kepada 3 orang anak, dan student ni mencabar..tambah lagi nature of work aku yg 24 jam standby...serabut jugak..heheheh..tambah2 musim final exam bermula...fuhhhhh
banyak dateline nak kejar..penat badan dan otak..masa dulu2 penat otak je...skrg ni dua2..mcm xde rest..mmmmm..tapi aku gagahkan jugak la..xde perkara yang mencabar klu x tempuh susah dulu kan kan kan...hahahhaha
Aku harap perjalanan ku dipermudahkan dan diberi hati yg tenang menjawab soklan nanti...masa mid term tu aku serabut sgt2...result pun nang hadoooo....hahahhaha

Siapa Dhara?
Assalamualaikum..
Maybe agak terlewat untuk aku perkenalkan diri but for the sake of assignment yg prof bagi kugagahkan jugak lah...hahahhahha...sori prof..1st kelas x dtg hari tu..outstation..dan information yg sampai pun x clear...hahahha..
Kenapa Dhara? Nama ku sebenarnya bermula dari Nor...dot dot dot..sebenarnya xde kaitan langsung dengan nama sebenar tapi nama Dhara tu memang namaku..orang kampung la katakan..family mmg panggil aku Dhara..maksudnya sampai bila2 pun aku dara lagi biarpun kewarganegaraanku menjadi warga emas...terbaik mak n bapak....hahahhahaha
Aku berasal dari Miri, Sarawak..lahir dan membesar di sana tapi aku belajar di Kuching dan bekerja sehingga ke Tanah Semenanjung. Selepas SPM je aku mmg jarang balik Miri..balik pun setahun sekali atau 2 kali setahun...tapi jiwaku ini sudah pasti hanya untukmu Miri...heheheheh
Bapak n Mak aku dua2 org Kuching, Sarawak tapi menetap di Miri since 1975..dan sempat lahirkan tambahan 2 orang anak kat situ...wakakakka..aku n abang aku...maksudnya apa kat situ? Maksudnya...aku ni anak bongsu ler...manja?? Mmmmm...klu yg kenal aku tu..muka aku ni nampak manja x?? hahahahha...sila meninggal klu ada yg kata aku nampak manja...wakakakka
Bapak aku ni strict mengalahkan cikgu disiplin maklumlah bekas askar..so..dunia remaja ku seolah2 dalam rumah kaca yg kat luar nya ada askar london yg berjaga tak bergerak2 klu dicuit hidungnya...hahahhahah...bila masa aku terlepas? haaaaaaa...ni nak crita..Dunia bebasku bermula aku dapat tawaran buat Diploma kat UiTM Sarawak..kampus ni kat Kuching tau (tgk peta..hahhah). Aku dudok plak kat asrama, mmg kunci kebebasan tu tanpa had...hahahahha...Saudara mara aku ada je kat Kuching tu..bersepah-sepah tapi aku kan dok asrama..ehhehehehehhe...
Sepanjang aku kat Kuching tu aku bebas untuk pergi ke mana-mana aku nak..masa tu xde handfon n xde pun media sosial ni...hahahahha..aku bleh tgk wayang..bleh kuar ngan kawan2...bleh itu dan bleh ini...bleh bertenet...eh?? hahahahha
Di singkatkan lah k...x perlu la crita abih..setahun crita pun x abih ni...hahahah..cumanya..apapun yg aku buat xde la sampai melebihi batas...masih lagi ni berpijak di bumi yg nyata..teruk tu xde la cuma aku nakal sederhana je...hahahahha...sapa2 yg kenal tu...shhhhhhhhhhh...jgn crita, malu kat orang!
Lepas belajar aku kerja..sekejap kat Kuching..sekejap kat Miri...keluar dari Sarawak, mak bapak aku x bagi...sebabnya..aku ni nakal...lagi sekali..nakal sederhana...hahahha..sehinggalah aku dpt tawaran kerja gomen di salah satu agensi penguatkuasaan di Malaysia ni...first posting je kat Negeri Sembilan...itu la pertama kalinya aku keje keluar dari tanah Sarawak..
Semenjak tu la aku dok kat tanah semenanjung ni...membawa diri sebagai perantau yg merantau mencari rezeki..cewahhhhhh...hahahhahah...x sampai setahun aku kat N9.....aku pun kawen...shuben asal Kuching, Sarawak..yeahhh...mmg org akan kata 'oklah sama negeri..senang balik raya'...mmmm...sila lihat peta dan sukat jarak Miri dan Kuching tu mcm mana...hahahahhaha...dekat ke jauh..kat mana untungnya? hahahhahah..
Pejam celik...aku dah ada anak 3..tapi sekarang aku dah keja kat Putrajaya...kat N9 tu setahun je..pastu transfer ke KL selama 7 tahun (sepanjang tempoh ni..aku lahirkan 3 orang anak)..hahahahha..pastu aku di Putrajaya sehingga sekarang dan xde dah nak beranak..umo nak dekat 40...cukuplah tu....hahahhaha
Sekarang ni yg paling tua anak aku umur 9 tahun, kedua 5 tahun dan ketiga 3 tahun..2 pompuan n sorang je laki..
Dan..tahun ni 2017, aku ambik keputusan untuk sambung belajar..kenape? sebab aku ni malu gak pada kerani2 kat opis tu..semua nya ada degree wey..aku? takat Diploma..kawan2 aku bgtau x perlu dah sebenarnya belajar lagi sebab kerjaya aku berkembang dengan baik seperti kembangnya badan ku...hahahhaha..tapi kan...aku nakk kepuasan..at least aku genggam la degree tu..lagipun aku x pernah lagi pegi majlis konvo ni..family aku susah..masa nak konvo diploma dulu kami xde duit nak belikan tiket kapal terbang ke Shah Alam..dulu satu2nya tempat konvo UiTM ni kat Shah Alam je..so aku amik keputusan x pegi n minta UiTM pos je sijil aku tu...hati teringin tapi memandangkan perbelanjaan nya sgt2 mahal, family aku x mampu nak support...so biarlah kali ni aku sambung belajar..harap2 umur mak bapak aku panjang sehingga menunggu aku abih belajar...aminnnnn..

Saturday, July 8, 2017
BISKUT MAKMOR MONTOKS
Halolololololo...
Title bukan main lagi ni tapi aku x pernah lagi cuba nak buat biskut..hahahha..aku cuma nak crita biskut ni antara biskut yang aku paling minat skali..klu jalan beraya, nampak je biskut ni aku capai dulu...klu sedap tu aku puji tapi klu x sedap ko rasa nak puji ke??? hahahhaha
Nak tau macam mana rupanya...tgk pic tu rapat2...hahahaha
Biskut ni, ada yang letak kacang..ada yang x..ikut suka orang la nak buat sebab kesedapan dan kegebuan biskut ni bukan terletak pada intinya tapi pada tekstur dan rasanya..bila pegang x hancur tapi bila masuk dlm mulut macam ada sesuatu yang menyenangkan dan puas...nape aku kata puas wpun aku x buat lagi? Sebab bila masuk dlm mulut aku akan kemam dan "melting" dlm mulutku...gila sedap...
Tapi kan kan..aku balik Sarawak hari tu, ada sedara aku nak share reepi tapi aku x dan nak buat...nanti2 la ye....

Raja segala kek sarawak..Kek Hati Parek
Salam Hati Parek....hahahah
Terus kepada isi cerita... tentang Kek Hati Pari atau dalam sebutan orang Sarawaknya, parek. Ini kek bukan sebarang kek tau. Inilah Raja Segala Kek! Owhhh.... kenapa begitu ek?
Sebenarnya ambil masa juga memikirkan keunikan dan mencari keistimewaan Raja Segala Kek ini.
Tempoh masa mengukus raja segala kek ini pun ada banyak versi. Biasanya 8 jam mengukus. Ada yang 10 hingga 12 jam pula! Sebab tu aku xnak buat kek ni..gila nak kukus punya la lama...almaklumlah..I kan bz uollsss!!!
Aku saje je kongsikan tentang hati parek ni..aku sendiri x pernah buat dan aku xde kekuatan nak buat...remeh dan lama...memang x la aku buat...hahahahha
Walau apa pun, aku kongsikan resepinya..ni pun aku google...hahahahah...

Bahan-bahan:
500 gram tepung gandum
250 gram mentega tulen
1 3/4 gelas gula pasir
1 gelas gula pasir - dijadikan gula hangus
5 biji telur gred A
300 gram kismis hitam
4 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
loyang 4 segi 8"x8" yang telah digris dengan mentega
kertas aluminium

Cara-cara memasak:
1. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Tumbuk kismis hingga hancur lumat dan kemudian ambil 75 gram tepung yang diayak tadi dan gaulkan dengan kismis hingga sebati.
3.Pukul mentega bersama gula hingga putih.
4. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
5.Perlahankan kelajuan pemukul, dan masukkan susu pekat manis.
6. Seterusnya masukkan gula hangus dan juga kismis.Gaul rata
7.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutup loyang dengan kertas aluminium.
8. Kukus selama 6 hingga 8 jam dengan api sederhana. Gunakan air panas setiap kali hendak menambah air
kukusan.
Nampak x tu..remeh bahan2 dia...tunggu la aku jadi pengganggur paling terhormat..baru aku nak cuba...hahahahah
KEK LUMUT DHARA ALANA
Ramadhan telah berakhir dan Syawal menjelma...
Sepanjang Ramadhan, aku sibuk dengan orderan kek lumut ku yang kebabom itew..Sebenarnya..terdapat pelbagai versi resepi, untuk Kek Lumut nie. Ada setengah resepi menggunakan tepung suji, ada yang menambah serbuk Almond, tapi asas yang sama mesti ada horlick dan nestum, dan yang pasti mesti menggunakan butter, baru rasanya lembab dan lemak berkrim.
Dulu, aku guna resepi dari seseorang menggunakan tepung tapi kali ni aku x guna langsung tepung dan rasanya sedap gila kebabomm...tapi nak kongsi resepinya... rahsia laa.....hahahhahha...amanat dari kakak iparku..maap ye..huhuhuhu
Aku memang minat gila kek ni..rasanya sukar nak dilafazkan..tapi agak mahal la..bahan2 nya bukan murah2 walaupun x guna tepung..ditambah lagi dengan harga barang sekarang mencanak-canak...nak caj customer pun rasa serba salah...contoh aku bagi...last year aku beli butter 1 buku dalam RM6++ tapi tahun ni naik nak dekat RM2!! Dah la guna 2 buku. Itu baru butter..blom lagi bahan2 yg lain...jangan kata bahan2...gas untuk aku kukus kek yang nak dekat 4 jam ni pon naik...perghhhhhh...

| Ni contoh je ye...aku x dan nak sedut dari fon aku..basically rupanya lebih kurang sama je...hahahhahah |
Aku memang minat gila kek ni..rasanya sukar nak dilafazkan..tapi agak mahal la..bahan2 nya bukan murah2 walaupun x guna tepung..ditambah lagi dengan harga barang sekarang mencanak-canak...nak caj customer pun rasa serba salah...contoh aku bagi...last year aku beli butter 1 buku dalam RM6++ tapi tahun ni naik nak dekat RM2!! Dah la guna 2 buku. Itu baru butter..blom lagi bahan2 yg lain...jangan kata bahan2...gas untuk aku kukus kek yang nak dekat 4 jam ni pon naik...perghhhhhh...
Wednesday, July 5, 2017
species yang baru dikenali
Adalah menjadi sesuatu yang pelik bila aku tengok ada monyet spesis yang mcm ni..nasib baik siang, klu mlm aku dah fikir hantu. Mujur darah pahlawan masih berbaki dalam badan (hehehhehhe). Meremang bulu roma bila tengok spesis ni..dah la baru nak kuar dari keta, terpaksa ku tutup jugak pintu secepat mungkin. Dalam aku ketakutan tu, ku gagah kn jugak untuk amik video dan gambar2...
Subscribe to:
Posts (Atom)