Wednesday, October 25, 2023

Orang Baru…😍

 Assalamualaikum…

Terbatuk aku hari ni…bukak blog ni penuh dgn sawang n habuk2….🤣🤣

Tgk tajuk tu…Orang Baru…apa yg baru?? Jeng jeng jeng…😅😅…bkn anak ye…bkn harta Ismeth Ulam Raja k tp Somi Baru dekkkkkkkkkkk 🤣🤣🤣🤣

Ye ye ye…aku dh kawen baru…bila? Cer teka cer teka…

Mcm ni…ajal jodoh n rezki tu semua Allah dh susun baik…kita sbg hambaNya kena terima dgn ketentuanNya…jalani kehidupan yg telah direncanakan dgn akal dan hati yg cekal. Mengakhiri 13 tahun usia perkahwinan bknlah satu keputusan yg mudah…anak2 yg tgh membesar dan sudah tentu berdepan dgn pembahagian anak…sebagai seorg mak, tipu klu x sedih..tp hidup ini perlu diteruskan…aku dh x mampu utk hidup dlm rumahtangga yg penuh toxic dan suram…kasih syg dh lupus…malah di usia perkahwinan yg ke 8 pun aku cuba utk teruskan tp nyata x mampu…xde perubahan…cuba bertahan utk anak2 tp x mampu…akhirnya aku kuatkan hati aku…pd aku, mampukah aku bertahan lg hanya semata2 anak sdgkan perkahwinan ni bkn hanya anak2 semata2…xkan la aku nk didik anak2 aku dgn suasana tegang mak n bapak diaorg kan…akhirnya..aku bercerai pertengahan tahun 2020 dgn persetujuan bersama (cerai fast track). Anak yg sulong perempuan, ikut bpknya. Yg tgh n bongsu ikut aku…pembahagian anak aku serahkan semuanya kpd anak2 yg pilih..aku x suka memaksa…cukup la tu kisah org lama…kita g kisah baru plak 🤣🤣🤣

Pada thn 2021, jodoh tu muncul di dpn pintu…eh??? 🤣🤣🤣…xyah tanya la napa jodoh cpt..tp lg cpt jodoh bekas aku…abih edah terus nikah dekkkkkkkkkk…😂😂😂…sejak bila dia ada org baru tu korang bleh nilai sendiri lah…malas nak buat research…tp jodoh aku dtg n aku terima kerana sikap berani berdpn n berterus terang dgn bpk aku sdgkan bpk aku tu Rimauuuuuuu…Alhamdulillahhh…aku xde masa nak bercinta tanpa ada halatuju…klu takat nak ‘bersuka-sukaan’ kita buat cara bersuka-sukaan tp ko jgn mkn hati dgn aku sbb aku ni spesis terancam! 🤣🤣🤣…tp klu nk serius, makesure spai nikah sbb aku xde masa nak habiskan tenaga aku utk bercinta dgn org yg x brapa nak pasti ni…🤣🤣🤣🤣

Anak2 aku terima ‘papa’ baru diaorg dgn rela hati n sgt gumbira spai diaorg lupa bpk diaorg tu kat mana…🤣🤣🤣…nanti aku tunjuk lukisan yg anak aku lukis sempena hari bapa..

Oklah…nx time aku mengarang lg ye…


Psssttttttttt…jgn tanya papa ni sapa…YTJT…😆😆😆




Saturday, July 15, 2017

Presentation assignment computer

Fuhhhhh uollllssss....

Lepas seksa pertama...Alhamdulillah...mendapat komen yang positif dari Prof. Norazila..nak tau apa yg di present??  Ni haaaa...

Assignment 4

Enjoy!!!


Bingka Labu Manis Terangkat

Assalamualaikum w.b.t...

Meh nak kongsi bingka yang paling suka nak buat dulu ni...nak tau kenapa x?  sebabnya semua bahan2 dia sumbat dalam blender...hahahhaha..sekali harung...terus settle masalah negara korang...hahhahaha

meh tengok ...

BINGKA LABU LEMAK MANIS

Bahan A
2 biji telur
2 cawan santan 
1/2 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir halus
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar mentega 

Bahan B
2 cawan labu- yang telah direbus - toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih
Cara membuatnya :

1. Panaskan oven pada suhu 200C, sapu loyang dengan mentega, panaskan sebentar .

2. Satukan bahan-bahan A dan blender hingga tepung tidak berketul.
3. Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yang telah di lecek, kacau hingga rata.
4. Seterusnya tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa membakar. Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong.


Cuba lah...mudah n simple je...dah byk kali cuba..rasa dia mmg terangkat uolssss!!

Resepi Butter Cheese Prawn

Assalamualaikum w.b.t guysssss...

Malam ni tiba2 teringat Udang masak butter cheese...fuhhhhh...first time rasa masa gi sabah hari tu...rasa dia terangkat beb apatah lagi kami order lobster!!!! Rasa yg susah nak lupa...meh aku kongsikan sikit resepi dia k...

CARA:

1. Cuci udang dulu. Guna 1/2 kg udang je. Tak payah kopekkan kulit dia dan jgn buang kepala. Cuma buang bahagian kuning yg mcm najis kat atas tengkuk dia tu. Sebab benda tu lah yg membuatkan udang cepat buruk. Kalau buang kepala dan kulit dia, hilang rs kemanisan udang tu.

2. Pastu gaul dengan garam. Biarkan dalam 10 minit ke. Pastu golekkan udang2 itu dalam tepung jagung then gorengkan dalam minyak yg panas sampai garing. Angkat, ketepikan.

3. Panaskan dlm 2 sudu butter dlm kuali. Tumiskan bawang putih + cili burung hijau + daun kari . Kacau2 ia sampai perang. Masukkan serbuk kari siiikkkiiit je (dlm 1/4 sudu teh camtu). Kacau. Masukkan sikit air supaya tak hangus sbb dia cpt hangus.

4. Masukkan susu segar dalam 3/4 cawan. Kalau takde susu segar, guna whipping cream@krim putar ok gak. (mula2 nk guna krim putar tp harganya mahallll). Masukkan satu keping cheese (yg biasa letak kat burger tu). Kacau.

5. Bila cheese dah cair, masukkan kiub ayam (amik secubit je). Masukkan gula + garam secukup rs. Kacau. Bila kuah nampak cam dh perang skit dan naik bau, masukkan air tepung jagung. (tepung jagung dalam 1 sudu teh je utk pekatkan kuah. Kalo taknak ltk garam gula leh gak...akn trasa lemak sebenar cheese tu..terpulang kpd citarasa sndiri...

6. Bila kuah dh pekat, masukkan udang td. Gaul...gaul..gaul...sampai sebati. bila dah sebati, masukkan lagi dalam 1/2 cawan air masak supaya kuah dia tidak kering dan udang lebih basah. (pandai2 lah adjust). Kacau jap then tutup api....

7. Siap utk dihidang. Kalau nak byk kuah, tambah air banyak skit....dan bahan2 dia yg lain pun tambah la sikit....

itu shj...senang kan?

Triple A masa baby..

Assalamualaikum w.b.t..

Cuba korang tengok wajah2 bam2 anak2 ku itew...tombam kan??  Kalau nak tau, diaorang 3 ni lahir dengan berat masing2 nak dekat 4 kg tau...hahahah...

Aku perkenalkan satu2 ni...sila hadam k...hahahha



Gambar Kanan

Nama : Aliya Nabila Binti Khabil
D.O.B : 6 Julai 2008
Berat (masa lahir) : 3.83kg

Gambar Kiri Atas

Nama : Akmal Rafiq Bin Khabil
D.O.B : 28 Februari 2012
Berat (masa lahir) : 3.67kg

Gambar Kiri Bawah

Nama : Adelia Eryna Binti Khabil
D.O.B : 30 Jun 2014
Berat (masa lahir) : 3.76kg


Tengok berat lahir diaorg...hahahhaha...sbb tu la pipi diaorang ni masa baby sgt2 padat, sendat dan mampat.  Sekarang ni masih jugak tembam tp xde la teruk sgt...gambar terkini diaorg nanti la aku upload nx entry k...

Thursday, July 13, 2017

Perkongsian 3 tahun lepas

Assalamualaikumussalam w.b.t

Aku nak kongsikan apa yang pernah berlaku dengan aku 3 tahun yang lepas.  Kat bawah mata aku ada ketulan yang semakin membesar dalam masa 2 bulan.  So, aku gi klinik n refer aku kat hospital.  Biasalah hospital kerajaan ni..appointment dan appointment lagi...ahahhahah...akhirnya aku buat CT Scan.  Result dia plak seminggu lagi...appointment lagi k...hahahahha...lepas tu Doktor mengesahkan aku ada ketulan yang dipanggil Cyst.  Mujur x kena tulang..klu kena byk keje n maybe aku jadi bahan ujikaji doktor2 pelatih.



Cer tengok muka aku sebelum dan selepas..100% tak sama..tensen giler time ni..pic yg selepas tu pic selepas aku operate..hari ni dah ok la cuma hidung menyenget sikit..mata aku dua2 dah balik asal..walaupun tak cantik di mata orang xpe..asalkan aku sendiri yg tengok cantik..laki aku? dia jarang nak puji muka aku ni...kutuk lagi ada..ramai dah kat luar tu cantik2..biarlah..orang mcm aku ni masuk dalam kategori spesies terancam..physically x perfect ok...mungkin terpaksa kot nak kawen ngan aku ni..dah xde pilihan kan...hahhhahhahha...(mesti dia skodeng blog aku..dia baca tu..) lantak la..klu dia puji pun sebab terpaksa je n aku anggap dia bohong....aku ni jenis yang sedar diri..dia suka org yg kurus..badan seksi..muka cantik..tp itu semua aku yg dulu ataupun dgn kata lain..semua figura tu 'org lain'..skrg ni ...aku dh gemuk..x seksi dah..muka pun dah senget...hahahhahah

Waktu membengkak ni aku cukup2 risau...terus call Dr. Wan kat Hospital Sg. Buloh.  Dia soh aku terus pegi jumpa dia.  Apa lagi dengan kuasa halilintar aku dah terpacak kat dpn dia.  Terus di panggil aku dan bukak balik jahitan.  Tapikan..bukak jahitan tu aku tak sakit langsung.  Aku tengok je muka Dr. Wan tu..nasib baik ensem.  Dia masukkan gauze dalam tu dalam2..pastu dia kuarkan dan tarik...terbeliak mata aku..punya la panjang gauze tu..dah mcm tali pusat..penuh dengan darah...dan sekali lagi aku gtau..TAK SAKIT LANGSUNG..magic kan??

Lepas tu muka aku surut dan reduce 50% bengkaknya...Dr. Wan soh aku datang hospital 2 hari sekali untuk buat dressing...dalam seminggu macam tu muka aku kembali normal..Dr. Wan hampir tak kenal aku...maybe dalam hati dia "lawa plak pompuan ni"...hahahhahaha..bagi chance la perasan kejap...

Kesan daripaa jahitan tu, hidung ku menyenget..mcm ada ketulan plak kat penjahit tu...tapi sekarang ni aku kerap rasa dicucuk2 kat tmpt cyst tu.  Selalu check tp xde plak ketulan kat situ so aku biarkan dulu.

Tuesday, July 11, 2017

Final Exam, dah ready ke idokkkk?

Assalamualaikum...

Demam Final Exam....matilanak!!!

Kehidupan sebagai seorang isteri yg bekerja, ibu kepada 3 orang anak, dan student ni mencabar..tambah lagi nature of work aku yg 24 jam standby...serabut jugak..heheheh..tambah2 musim final exam bermula...fuhhhhh

banyak dateline nak kejar..penat badan dan otak..masa dulu2 penat otak je...skrg ni dua2..mcm xde rest..mmmmm..tapi aku gagahkan jugak la..xde perkara yang mencabar klu x tempuh susah dulu kan kan kan...hahahhaha

Aku harap perjalanan ku dipermudahkan dan diberi hati yg tenang menjawab soklan nanti...masa mid term tu aku serabut sgt2...result pun nang hadoooo....hahahhaha