Wednesday, June 14, 2017

Alhamdulillah...Dipertemukan dengan seseorang yang baik...

Alhamdulillah...

Beberapa bulan yang lepas, aku mengenali dia melalui satu panggilan orang awam yang mahu menceritakan masalahnya..pada mulanya aku malas nak layan sangat sebab aku tau orang2 yang call aku ni sebenarnya bukan nak cari aku..sebenarnya dalam laman web jabatan nama aku yang first sekali..

Okay...nak jadikan cerita..dia ni call aku..cerita masalah dia..pastu aku nak transfer kan dia ke bahagian yang berkaitan tetapi dia merayu supaya aku jangan nak transfer kan kat mana-mana sbb dia dah fed-up.  Apa yang mengejutkan aku..dia MENANGIS!! yang ni mmg aku lemah..So..aku malas nak dengar dia menangis, aku mintak dia dtg jumpa aku di pejabat dan bawa dokumen yang berkaitan.  Aku tolong dia pun sebab dia dah tua..umur 63 tahun dan dari dengar suara dia aku tau dia dalam kesusahan dan betul2 perlukan bantuan.

Esoknya dia dtg pejabat..orang nya cantik wpun dah berumur..speaking mcm air..ye lah..org dok negeri omputeh lama...bila ckp dgn dia aku main belasah je omputeh..hahahhaha..anyway..aku tgk permohonan dia dan dokumen yang dia ada pada aku perkara ni xde isu...aku pun tolong dia..uruskan sana dan sini..aturkan semula permohonan dia..dia sangat2 hepi dan dia sangat2 berterima kasih dgn aku wpun permohonan tu x lulus lagi..aku pelik jugak...Dia gtau aku yang selama bertahun2 dia uruskan perkara ni xde seorang pun yg sanggup tolong dia sepertimana aku buat.  Pelik aku sebenarnya tapi aku malas nak tanya lebih2.

Sebulan berlalu, permohonan dia x lulus juga..aku cuba tanya tapi jawapan mengecewakan...last2 aku bgtau bos aku...bos aku kata nanti dia cuban bantu..nak tau tak apa yang mengejutkan aku...bos aku, Mr. A uruskan dalam masa 1 hari je..dia gi 'berdebat' dgn Department tu..last2 permohonan dia lulus...entah kenapa aku happy giler...tengok dia hepi aku jadi hepi..

Dipendekkan cerita, dia jadikan aku adik angkat dia sbb dia 'xde'adik beradik...aku pun kat sini adik beradik jauh..Alhamdulillah..syukur...dia sangat2 baik dgn aku..cumanya aku bz sangat2..xde masa nak chitchat dgn dia kerap...tunggu lah sis..aku akan cari masa yg sesuai untuk aku 'dating' dgn dia...




No comments:

Post a Comment